Friday, October 29, 2010

Mayat Berlipat Dalam Beg.

KEJAM...mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian di tepi parit, Jalan Ukay Perdana, semalam.

Subhanaallah... anak sape la ni kesian nya dibuat macam ni ,bayangkan la budak tu menanggung kesakitan dibuat macam tu dilipat kakinye sampai patah ...ya allah jauhi la kami dari perkara yang macam ni..amin

Petikan dari :- http://www.hmetro.com/.

AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.


“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.


Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.
“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.

 

Peringatan Untuk Kaum Hawa.



 
 
Assalamualaikum semua ..pagi ni buka-buka facebook terbaca articel ni jadi takut dibuanye, jadi sekarang kite kena la lebih berhati-hati lagi, macam-macam la sekarang ni..kat mana-mana  pun tak selamat ,,, walaupun tempat tu ramai orang... penjahat ni berani betul....lagi  la kalau bawak anak, kite sibuk nak isi minyak  dia pun sibuk la nak keluar beli barang kat dalam stesen tu ...
ok la yokkkk baca ...
 
peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Ha...wa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.


Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..
lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?
sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..

perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!

kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..
satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang
Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.




Wednesday, October 27, 2010

Tip Diet Seimbang Tubuh Menawan.


Anna ni sibuk nak diet tapi tak jadi-jadi..kawan Anna si Sis Lin tu da turun da eeee.. tak bole jadi ..>>>>>minum teh sliming dah,, kurang kan makan dah tak turun-turun juga geram betul dibuatnye lemak degil ni..kalau da minum sliming teh tahu-tahu  je la keluar masuk bilik air je la jawabnye.... so Anna search la kat goggle untuk diet seimbang keluar la petikan ni so Anna ceduk je la dari:- anizyn untuk pebetulkan mana yang patut yang Anna silap dalam hal diet ni..yok kkk kite baca...

Diet seimbang perlulah diamalkan sedari awal agar sasaran yang diletakkan tercapai. Hasilnya bukan sahaja bentuk badan akan kelihatan menarik bahkan kesihatan turut meningkat.


1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.

3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.

4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.

10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.


p/s:- Pandai-pandai la jaga permakanan dan kawal nafsu makan kite kalau main larung je tepuk dada tanya selera la...kankankan...

Sakit Gigi.



Dua tiga hari ni Anna menderita sakit gigi rasenye sampai kat tengkok. Seksa giler! Nak buat apa-apa kerja pun tak boleh.Terpaksa tahan sakit. Korang pun mesti pernah rasa sakit gigi kan? Nak bercakap pon jadi malas sebab sibuk tahan sakit. Bila ada orang buat lawak, rasa nak bagi penampor je kat muka orang tu.

Jadi tadi Anna pun pegi la klinik gigi ,bila masuk je dalam ....

Doktor pun tanya kenapa cuba cerita kan pada saya:? Anna pun cite la ka dokor tu gigi gerham sakit ade lubang kalau bole tampal ,tampal la kalau x bole cabut je dokor .Tapi doktor tu cakap sayang ni kalau nak cabut, sebab gigi gerham awak pun da tinggal 2 je ...
Anna cakap la gan doktor tu tau x pe doktor gigi pun da habissss stokkk...hehe...tapi kalau ikut kan Anna nak cabut je senang kadang2 kalau da tampal pun sakit nye mesti ade lagi bukan terus hilang...ni pun masih ade rase sakit nye...nak makan pun susah emmm sabor je la .Suami Anna pun bising nape tak cabut terus,  kan senang ...??/ Anna cakap la doktor tu tak nak cabut katenye sayang gigi....
Cabut dan tampal gigi sekarang da la mahal tadi je tampal satu gigi RM 70.00 pas tu dokor tu check ade pulak yg lubang lagi gigi tampal lagi satu dah jadinye RM 140.00 ..kalau sakit tak hilang lagi jawabnye kena cabut la juga da kena bayar lagi...uhuh

Yang paling tak tahan, sakit gigi ni biasanya datang tengah-tengah malam. Kalau sakit sangat, tengah malam mana ada klinik bukak. So terpaksa tanggung sakit sampai ke pagi. Termasuk hari ni, dah 3 hari aku kurang tidur sebab sakit gigi. Paling lama pun tidur 2 jam je. Jagalah kesihatan gigi korang kalau tak nak menanggung sakit macam aku ni. Huk huk..

 
Petua mencegah sakit gigi:

Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi ataupun sebelum tidur. Amalkan cara ni korang bukan setakat dapat mencegah sakit gigi, malah gigi korang akan jadi lebih putih dan berseri disukai ramai.
 

Monday, October 25, 2010

Ya allah.

Isteri Mahu Kembali, Tapi talak sudah 3 kali


Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.

Ini kisah sedih hidup saya. Kesilapan yang terjadi adalah atas kesalahan sendiri. Saya berusia 26 tahun dan sudah bergelar ibu tunggal. Saya pernah berkahwin pada usia 19 tahun di sempadan Thai kerana keluarga tidak merestui cinta kami.

Suami hanya orang biasa, tiada pekerjaan tetap. Selepas berkahwin, kami hidup merantau dan hidup bahagia tetapi apabila ayah sakit, kami terpanggil untuk pulang ke kampung malah suami yang begitu beria-ia mengajak saya pulang.

Di kampung, kami menumpang rumah keluarga. Walau tidak kaya dan hidup senang tapi hati kami bahagia. Sehingga pernah terlintas di hati saya, biarlah saya pergi dulu berbanding suami yang baik hatinya.

Agungnya cinta saya padanya namun kerana kami kahwin tanpa restu keluarga, semuanya berjalan tidak lancar. Suami ditohmah malah keluarga sendiri yang menjaja kisah kami. Luluh hati saya mendengarnya, tiada sokongan, dihina kerana susah, tiada keluarga, sebatang kara, tiada harta, tidak tahu asal usul.

Namun saya masih pertahankannya walau pun kadang-kala bosan untuk mempertahankannya. Keluarga kata, saya dibomohkan suami. Malah mereka beranggapan saya boleh dapat lelaki lebih kaya, lebih baik dari sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga selebihnya buruk dan jahatnya dijaja.

Dua tahun lalu, saya menyambung pengajian untuk mengubah masa depan. Bersama linangan air mata, saya tinggalkan suami kerana tidak pernah berpisah dengannya. Semasa belajar, dialah yang bersusah payah mencari wang perbelanjaan saya.

Saya cukup terharu dengan suami tapi bila pulang bercuti, ada saja berita yang kurang enak, suami ada perempuan, suami suka berjalan, suami tidak balik waktu Maghrib, tak beri belanja dapur, suami baik depan saya sahaja dan bermacam cerita. Tetapi saya masih tetap kuat. Saya tahu keluarga memang mahu meruntuhkan cinta kami. Mereka masih dengan kepercayaan kolot, suami bomohkan saya. Entahlah, saya pun tak faham.

Orang kampung juga suka menghasut. Pendek kata, hubungan kami tidak disenangi semua orang. Suatu malam, saya diuji Allah. Dalam perjalanan pulang bekerja, saya disapa
seorang lelaki, agak berumur, pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan. Kami menukar nombor telefon.

Kali pertama jumpa, saya nampak dia matang, baik dan beriman. Kami berhubungan bila berjauhan dari suami. Kami keluar bersama-sama dan saya mula melupakan suami. Saya benar-benar bahagia dengannya.

Habis pengajian, saya jadi sasau, rindu dendam kepadanya dan kami selalu bermesej. Dia begitu mengambil berat soal tentang saya hingga saya melupakan suami malah terfikir untuk berpisah dengannya.

Suatu hari kami membuat temu janji. Pada suami, saya katakan ada hal kolej tetapi kami tidur di hotel. Hinggalah kami terlanjur. Suami tiba-tiba menelefon dan menguji saya sambil berkata, akan jatuh talak satu jika saya curang kepadanya.

Sekali lagi dengan linangan air mata, saya mengakui hal ini dan saya meminta maaf dari suami. Kami rujuk kembali namun kekasih masih terus menggoda hingga tidak mampu menahannya. Ketika itu, saya benci akan suami dan mahu berpisah dengannya.

Kekasih berjanji bermacam-macam. Hilang kasih agung pada suami. Saya ceritakan pada keluarga dan mereka menyokong saya memilih kekasih baru dan melupakan suami. Suatu hari, suami tinggal kan saya, saat itu saya mula insaf tetapi saya masih merujuk masalah pada kekasih.

Keluarga pula masih buruk-burukkan suami, saat itu saya jadi benci, sakit hati dan terus hubunginya meminta cerai. Saya paksa dia lafazkan cerai. Tercabar, suami lepaskan talak dua dan bila mendengar kata-katanya, saya terus meraung.

Saya jalani perasaan ini dengan penyesalan. Saya mahu rujuk ke mahkamah tetapi perkahwinan kami tidak didaftarkan di Malaysia. Kami sudah merujuk mana-mana pihak dan semuanya mengatakan talak kami sudah tiga dan tidak boleh rujuk lagi.

Hati masih sayang dan kami sama-sama gila talak. Saya sepi hidup tanpanya dan kekasih saya masih beri harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, saya teruskan hubungan dengan kekasih.

Namun bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan darinya, dia mengelak dengan berbagai alasan. Bila bersama keluarga, kekasih bagaikan malaikat tetapi bila kami bersama, dia bagaikan syaitan. Kini baru saya sedar, dia bukan lelaki yang baik. Orang yang saya jangka akan dapat bahagiakan rupanya hanya mahukan tubuh saja. Kini dia sudah lama menghilang. Rumah tangga saya diruntuhkan dan kini dia berdiam diri.

Ketika ini saya menjalani kehidupan d engan seribu penyesalan, tidak terampun dosa pada suami dan sering merinduinya tetapi kami tidak boleh rujuk lagi. Bantulah saya. Keluarga juga tidak habis-habis mahukan saya memilih lelaki jahat itu sebagai suami. Kini saya benar-benar menyesal.


Petikan dari:-mingguanwanita

Melihat kebesarannye...Subhanaallah.






Assalamualaikum..selamat malam..
Gambar awan2 ni Anna amik mase aktiviti hujung minggu jalan-jalan sampai ke Sungai Rengit.Dalam perjalanan kesane Anna tengok cantik pulak awan2 ni ape lagi Anna pun amik la gambar guna handphone dari dalam kereta..cantikkan terpegun ,teruja Anna pada mase tu, ya allah besar sungguh ciptan mu...
Pade mase tu ari da petang dalam pukul 5.30 la tak silap Anna cuaca terang kemerahan..matahari duduk kat celahan awan2 tu. Susah Anna nak gambarkan kat sini, kalau nak diikutkan kat celahan awan tu ade pelangi mase tu tapi tak nampak pulak mase Anna amik gambar...so layan je la eh....



5 Petua Lahir Anak Soleh.

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”


Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.


Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.


 
Petikan dari :-feryco.com
 
 
 
 

Wednesday, October 20, 2010

Jalan2 Makan2.






Salam semua ..saje nak memenuhkan blog ..

Pada  9/10/2010  yang lepas harijadi anak Anna yang no.2 baru masuk umur 8 tahun jadi dia ajak la Mama dengan Abah dia pegi jalan2 dengan request nak makan2 .Jadi sempena harijadi dia kami pun ikut je la bawak dia gi jalan2 .Kami pegi Giant plentong bila sampai sana trus dia nak makan jadi kat Giant tu kan ade MCD ,KFC dan Pizza Hut jadi kami semua suruh dia pilih nak makan ape.. dia pilih nak makan Pizza Hut kami pun ikut je la kan birthday boy.
Hah.... lepas tu nah kau oder sampai 3 set personel pizza sabor je la dibuatnye...gasak la makan nak jangan tak makan .
Ape pun Mama dan Abah doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang soleh dan menjadi anak yang berguna dan berjaya hendaknye...aminnnn....




Tuesday, October 19, 2010

Kata-kata Pedoman dari Dato' Dr Hj Fadzhilah Kamsah.



Assalamualaikum Anna amat teruja apabila membaca petikan-petikan,kata-kata di facebook  Dato' Dr Hj Fadzhilah Kamsah  jadi Anna amik petikan-petikan beliau Anna kumpulkan disini untuk dikongsi bersama....


1.   Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang

membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan.Oleh itu agungilah

jasa ibu..
 
 
2.    Setitik air mata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu..
 
 
3.     Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak,tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu..Renung-Renungkanlah..
 
 
4.    Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak  

dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam

dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
 
 
  5.    1000 mancis tidak menerangi diri di dalam kegelapan buat

selama-lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan

kesenangan..


6.     Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari

depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi

kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu

penyeksaan..


7.     Kegagalan pertama,tidak ianya terus gagal,tetapi ianya

kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa

yang pernah mengalaminya..
 
 
8.      Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu,sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan,senyum yang

 
9.     Kau berikan dan air mata yang kau titiskan,simpan…jadikan tauladan,segala yang kau pandang dan dengar,simpan…buat pedoman....
 
 
10.     Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya....
 
 
 
P/S:- Sama-sama la kite menghayati dan maksud disebalik petikan-petikan ini..
 
 

Madah Kehidupan

Cetusan Madah Untuk Renungan Bersama......


Pagi semua yok bermadah sikit pagi ni .Anna dok la search pasal madah2 ni tertarik pulak dengan madah kehidupan ni yang memang berlaku dalam hidup kite setiap manusia mari la kite layaaaan ini madah ..
Peikan dari :-members.tripod

"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

"Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal. Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal."

"Berlumba-lumbalah kamu mencari ilmu pengetahuan bererti kamu berlumba-lumba mencari kesenangan hidup dan berbahagia di hari muka."

"Orang tidak akan menyegani kamu kerana harta kamu sebaliknya orang menyenangi kamu kerana ilmu pengetahuan kamu itu."

"Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan."

"Orang yang berilmu hadir dalam kelompok manusia yang jahil umpama setitik air hujan yang jatuh di atas tanah yang gersang."

"Kejayaan itu adalah milik semua orang. Pengorbanan, masa dan sentiasa mengambil peluang untuk berusaha bersungguh-sungguh adalah jalan kearah destinasi kejayaan. Ingatlah jika kita tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju, maka kita seperti daun kering yang di terbangkan oleh angin."

"Orang yang paling dibenci ALLAH ialah orang yang suka bersengketa."

"Orang yang banyak berkata akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa adalah neraka lebih layak untuknya."

"Barangsiapa memaafkan kesalahan orang islam, nescaya dimaafkan ALLAH kesalahannya di hari kiamat."

"Insan yang sentiasa berurusan dengan jalan ALLAH sentiasa merasakan hidup ini terlalu mudah dan indah. Sesuatu halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya sebagai dugaan ALLAH untuk menguji iman mereka."

"Kawan setia sukar dicari tetapi apabila kamu sudah menjumpainya, pastikan kamu tidak kehilangannya."

"Nafsu mengatakan perempuan cantik atas alasan rupanya, akal mengatakan perempuan cantik atas alasan ilmunya, Hati mengatakan perempuan cantik atas alasan akhlaknya."

"Sebaik-baik berfikir ialah memikirkan tentang kebaikan orang terhadap kita dan kejahatan kita terhadap orang."

"Ilmu pengetahuan tanpa agama akan menjadi pincang, agama tanpa pengetahuan akan menjadi buta."

"Kejayaan tidak pernah berakhir dan kegagalan tidak pernah musnah. Apa yang penting adalah ketabahan."

"Tuhan memberikan akal kepada manusia, yang membezakan daripada binatang. Dengan akal, manusia dapat mengenal tuhan, dengan akal juga manusia dapat mempertimbangkan baik dan buruk. Tanpa akal manusia seperti binatang." -Hamka-

"Jangan menbuang waktu dengan menanti. Sesungguhnya menanti itu biasanya diiringi dengan kemalasan." -Internasional-

"Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk mencapai kejayaan." -Ralph Waldo-

"Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh esok." -Pythagoras-

"Tidak semua yang kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan." -Ahmad-

"Ilmu itu iman dan amal itu pengikutnya." -Imam Al- Ghazali-

"Ilmu itu di dalam dada bukan di tulisan." -Hukama-

"Siapa yang tidak dapat memimpin dirinya sendiri, tidak akan mampu untuk memimpin orang lain." -Walter b. Pitkin-

"Akal adalah alat hidup dan pedoman fikiran manusia tetapi ia terbatas di dalam lapangannya. Ada beberapa perkara dalam hidup yang tidak dapat kita faham, tetapi dapat dirasa menerusi hati." -Voltaire-

"Walaupun tiada seorang yang melihat apa yang anda kerjakan ketahuilah bahawa tuhan melihatnya. -Anomin-

"Perasaan merendah diri itu sangat aneh. Ketika merasa yang kita mempunyainya, kita kehilangannya." -E.b.Hulse-

"Yang penting ialah apa yang terjadi dalam diri kita bukan kepada diri kita." -Allston-

"Hadapilah sesuatu apabila ianya mendatang. Tetapi cuba jadikan sesuatu supaya ia datang seperti mana anda suka menghadapinya." Emily Dickinson-

"Kita tidak pernah menyedari betapa baiknya peringatan kita sehinggalah kita cuba melupakan sesuatu." -Franklin D. Jones-

"Saat itu mungkin sekejap sahaja, tetapi peringatannya adalah buat selama-lamanya." -Bud Meyer-

"Dia yang tidak boleh memaafkan orang lain menjahanamkan jambatan yang mesti dilaluinya sendiri. -George Herbert-

"Optimission, cheerful, never-failing assurance in the outcome of every undertaking is one of the most powerful aids to success. -Emerson-

"Consider how had it is to change yourself and you will understand what little chance you have trying to change others." -Voltaire-

"It is only the ignorant who despise education." -Publicius Syrus

Monday, October 18, 2010

KONGSI PETUA.

PETUA-PETUA MELAYU

------------------------------------------------------


Pagi-pagi ni rajin search pasal petua-petua sebab kadang2 kite ni tak tau pun barang yang selalu kite guna tu ade khasiat dan kegunaanye.Jadi mana yang tak tau tu bole la baca ni ye Anna  amik petikan ni untuk dikongsikan dari :-http://www.angelfire.com/



Cengkih Penawar Sakit Gigi


Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang.



Gambir Penawar Gatal


Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.


Hilangkan Daki dan Bau Badan


Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.


Hilangkan Parut


Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.


Ikan Tidak Hanyir


Asam Jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula ambil asam jawa dan air, diramas didalam satu bekas. Kemudian masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian barulah dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali-kali. Kosek hingga bersih dan putih serta hilang hanyirnya. Selamat mencuba. Insya-Allah, hanyir akan hilang.


Keputihan Pada Mulut Bayi


Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.


Khasiat Oat


Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.


Membuang Lemak Badan


Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.


Mengatasi Gatal Keladi


Supaya sayur keladi tidak terasa gatal, ketika memasaknya anda hanya perlu memasukkan tiga atau empat keping hirisan pinang ke daalam masakan. Dan untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan tangan anda dengan minyak masak. Insya-Allah, gatal akan beransur kurang.


Melangsingkan Tubuh


Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.


Sengal Tulang

Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan. Selamat mencuba!.

PETUA KHUSYUK DALAM SOLAT

 

Assalamualaikum semua pagi ni Anna nak kongsi macam mana kite nak kusyuk dalam solat.


Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-



yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-



"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-



yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:


1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.


2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.


3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.


4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.


6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.


8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.


9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.


10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.


11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.


12. Mengambil wuduk dengan sempurna.


13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.


14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.


15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.



Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."


Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
 
kredit petikan dari :-http://www.angelfire.com/

Madah Ditengah Malam.



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (Ali Imran: 14)


Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…


Kredit artikel dari :-http://semarakillahi.blogspot.com/

MINGGU EXAM.



Selamat malam semua mata tak mengantuk lagi ni tengah rajin up date ,kalau datang malas jangan harap la nak update bersawang la jadi nye .
Bukan ape mak ke anak yg tension bila anak2 nak exam???minggu ni minggu exam maklum la da nak cuti sekolah panggal ke 3 tak lama lagi.
Esok bermula la exam sekolah agama bagi tahun 1,2 dan 3 dulu minggu depan tahun 4,5,6 plak kan.Minggu depan start sekolah rendah pulak exam aduh sakit kepala mak bapak dia ...anak2  ni kalau time exam selambe je,... relax je kite ni pulak macam nak pecah kepala pikir bole ke x jawab nanti puas la membebel nasihat kan ape yg perlu dia ambik endah x endah je. 
 Anna anak dua orang tahun 2 dan 3 .
Kite ni puas la membebel suruh baca kitab sampai sakit2 gigi dibuatnye dia orang selambe je...sabor je la..
Bila kite tanya esok bole ke jawab ..dia kata bole...mudah-mudahan bole le menjawab esok...
Mama dan abah  doa kan anak2 mama berjaya insyaallah....




Sunday, October 17, 2010

Lepak2 dengan EX- Classmate.


Semalam Anna de pejumpaan dengan ex classmate kat City Square.Nasib baik la hubby bagi pegi..
Kami semua adalah dlm sebelas orang mula2 nak duduk  kat Starbuck memandangkan tempat duduk x cukup kami berpindah pulak ke Season .
Sampai kat Season pun ramai kami menunggu kejap nasib baik la orang2 yg tengah makan kat situ cepat bangun kalau yg de yg jenis dok berbual lama masak la kite org..
Mula2 pekerje ni pun set up la meja untuk kami semua ni kat luar,ok la asal dapat tempat duduk , ade la pulak sorang pompuan ni memang cerewet sikit x nak kat luar nak duduk kat dalam juga ,ape lagi pekeje kat situ pun buat la muka macam muka ape ..xxxx...gasak la kite makan bukan x bayar kan.
Nak tak nak pekeje tu set up kan meja kat dalam juga...ape lagi jadi la isu pekeje dan supervisor ke leader dia ke x tau la mula la mengumpat bercakap2 pasal kami semua ...ade aku kisah....pas tu masing2 ni makan dan minum  macam tak  kenyang2 asyik oder je bayang kan la sebelas org punye kerenah nak itu la nak ini la gasak la macam2 ado..
Kalau berbual jangan cakap la  bercerita macam2 ade ketawa jangan cakap la da ak pandang kiri kanan lagi nasib baik la ari tu ramai kaum cina melayu kurang la kalau tak mesti mata memandang2 kan..hehe
Maklum la lama tak jumpa kan macam2 la perangai, memang best harap2 dapat la jumpa lagi.Malas nak cite panjang mari tengok gambar Anna dan kawan2.







Lepas makan,shopping pas tu makan aiskrim plak Finaz belanja kami semua...macam mana badan aku tak naik..???


p/s :- kadang 2 persahabatan bole mengembirakan kalau kawan kite ikhlas .
       :- kadang2 persahabatan bole jadi permusuhan kalau kite tak ikhlas.


Mudah-mudahan persahabatan ni akan berkekalan hendaknye aminnnn......


Cara Mudah tunai cek Nuffnang.





** Anna amik petikan ni dari kawan blog untuk dikongsikan bersama yang selalu claim cek Nuffnang tu ...walaupun Anna belum penah claim huhuhu...**

Petikan dari -: http://nurizspace.blogspot.com/


Ni entri khas untuk nak tunai cek Nuffnang di mesin deposit cek atm.  Semudah 123. Tak payah isi borang deposit. Saya suka guna cara ni di Maybank, tak payah isi borang, contoh kalau kat CIMB masih kena isi borang deposit cek, renyah jugak kan nak isi no akaun, nak isi no cek lagi. Kat Maybank ni cepat sikit.

Kalau anda pertama kali nak tunai cek di mesin deposit cek tu, jangan risau pi je tanya orang Maybank tu nanti dia akan ajar step by step, staff Maybank ni ramah tamah belaka :). Bila dah tau cara sekejap je boleh buat sendiri.


Cara cara:


1. Isikan nama anda dan no akaun ( kalau Maybank, no akaun Maybank)  di bahagian belakang cek  Nuffnang tu, no telefon jangan lupa.

2. Pi kat mesin deposit cek tu, tekan  Masuk,  pilih Bahasa yang anda paham ye..

3.Pilih Deposit Cek

4. Masukkan no akaun, jika betul, tekan Masuk

5. Masukkan jumlah ( kalau ada 2 keping cek gunakan calculator untuk campurkan jumlah tu)

6. Tekan Masuk, jika betul jumlah tu.

7. Sedia untuk masukkan cek bila dah keluar lampu hijau berklip2 kat masin deposit tu.
 Akan keluar resit, simpan resit tu utk rujukan.
Ok done.
Cek tu diproses selama 3 hari (hari bekerja)

AURAT

Allah berfirman "Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang baik. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (kekuasaan) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) "(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan saat menunaikan ibadah semata-mata, karena takwa itu harus ada setiap saat dan Allah itu Maha melihat.

Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang banyak orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita.
Apakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat?
Apakah yang terjadi dengan iman kita?
Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang sangat dahsyat?

Ada hadis dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda:

"Ada dua golongan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka yaitu kaum yang memiliki cemeti cemeti bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul / model) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk surga dan tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi surga dapat terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh. "
(Riwayat Muslim no. 3971).

Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dijelaskan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bagian dada baik.

Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan dampak negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini dapat menyebabkan wanita lain menjadi korban nafsu serakah pria yang durjana.
Wahai saudari sekalian, apakah Anda suka menjadi penyebab kekerasan terhadap wanita lain?
Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam cangkang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang seharusnya,
"Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (dari memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan harus mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau anak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "
(S.Q.24:31)

Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, tidak hanya untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, harus longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah karena melanggar perintah. Semoga Allah melindungi kita dari azabNya.

Hai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang pria, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat istrinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, pria dan wanita sangat berperan penting dalam kiat ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,
"Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat".
Apakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita?
Apakah pasti kita bisa hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? Sesungguhnya pemuda mulai beribadah dan mengingat Allah pada usia mudanya, akan dinaungi oleh Allah di akhirat.

Marilah kita semua muhasabah diri dan bertobat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan di akhirat kelak.
Amin ....


Anna amik petikan ni dari kawan blog untuk dikongsikan bersama - : http://mimi-moneyonline.blogspot.com/2010/10/aurat.html


p/s : untuk peringatan kite bersama..

Saturday, October 16, 2010

Hati2 membeli SAUCE PREGO !!

Anna update cite ni untuk dikongsikan bersama.






.-Tok Wan's Notes

ReportHati2 dgn sauce PREGO...

.by -Tok Wan on Wednesday, May 12, 2010 at 3:42am.Orang kita bab makan …….makan dulu tgk kemudian…….
Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang

digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.


Seorang rakan mengirim e-mail kepada Tok Wan dan kini e-mail tersebut Tok muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......
saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA .


Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.





Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!



Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!


Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..


Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.


ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual.Taubat tak nak masak spegetti lagi.



 
 
P/S :  sama-sama la kite berhati2 jika hendak membeli barang ape pun baca dulu INGREDIENTS nye.
 

Puding Cocktail.



**  Puding Cocktail **

Selamat malam semua..saje nak cite pasal puding ni sebenarnye kesukaan Anna sekeluarga. Sebenarnye seblum ni ,puding Anna buat  yg pakai tepung kastard tu ,nak dijadikan cite ade la satu ari tu gi  umah sis lin ni, kawan dia watkan puding tak guna tepung kastard dia guna jeli koyaku je.. .Lagi senang sedap pun sedap anak2 Anna pun suka .
Mulai ari tu la Anna tukar plak wat puding pakai jeli.
Cuba punye cuba ok la sedap bagi la kawan geng setaman rase katenye sedap .Ape lgi dia org kate cuba kau jual kecil-kecilan untuk saje2 tambah duit poket.
Alhamdulilah...kira ok la.. kawan2  pun turut memberi sokongan pada Anna..terima kasih kawan2 yg memberi sokongan tanpa mereka tak jadi juga.
Anna buat x selalu kadang2 je kalau de pemintaan .Sambil nak buat untuk anak2 buat untuk kawan2 sekali dapat juga duit poket sikit2 kankan...


Related Posts with Thumbnails