Sunday, February 6, 2011

Kecoh Betol ...Anna.

Hi-Tea-Majlis Penutupan Program I-KIT & I-KEUNITA & PelancaranDVD/Buku Sulaman Manik 3D Pn.Rosita Jaafar.



** sebelum **

** selepas **



** DYAM Sultanah Zarith Sofea N Pn.Rosita Jaafar **

** Wana,K.Midah ,Anna ,Sis Lin **

** Petunjukkan Muzik **


Assalamualaikum Semua,,, lama sudah Anna tak berblog dan Anna juga ingin berterima kasih pada yang sudi singgah ke blog Anna ye..

Ni bukan ape Anna nak kongsi sikit kekecohan Anna dan geng-geng Anna mase nak pegi Majlis Hi-Tea tu hari..
Yang paling kecoh Anna la mana tak nye bukan nye pernah gi Majlis Hi-Tea yang berprotokol dan glamz ni ,al maklum la majlis ni  Dirasmikan oleh DYAM Sultanah Zarith Sofea.
.
Yang terfikir dikepala otak nak pakai baju ape?kasut?tudung?beg? nak bersolek macam mana ????
Anna tak la keluar modal banyak untuk gi majlis tu Anna cuma beli tudung je yang lain pakai ape yang ade aje..
Nasib baik la ade wana,k.midah ,sis lin dan anak-anaknye yang turut membantu bagi melaksanakan misi nak pegi ni....tq.. love u...muahhhh
Anna disolek oleh anak sis lin ...mana tak nye Anna bukan pandai nak make-up-make-up ni kalau cincai2 bole la...so make-up bahagian mata je dekat setengah jam....hehe mana tak nye Anna memang tak penah nak make-up pakai celak ,eye liner,  ade yang tercocok mata kang buta plak....ape pun thank you ye dik yana n k.midah yang membantu menconteng muka Anna pada ari tu...so nice cantik...bak kate sis lin n wana macam Arab la plak..hahaha...
Yang lain tu tak yah cakap la da memang cantik n glamz gan baju masing2

Yang syok nye bila balik, hubby Anna tekejut tengok muka Anna dia kate da ????,,pas tu hubby kate nape pakai tudung tu ? dia memang tak suka Anna pakai anak tudung tu ,dia kate dahi nampak senget..

Tengok la hasilnye ye gambar kat atas tu ok tak???


Majlis ni memang seronok ape tak nye kite dapat melihat wanita-wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing...rase macam nak juga jadi macam mereka tu...hati dengan berkobar-kobar...ade pertunjukkan fesyen baju yang dijahit manik oleh anak-anak murid Pn.Rosita Jaafar memang menarik...la...
Mereka ni dapat Sijil lagi dari DYAM Sultanah Zarith Sofea.

Anna tak dapat upload gambar banyak entah,,, kenapa la plak komputer ni benggong .....

Monday, December 6, 2010

Alahai Mak Mertua Ku..


Salam semua...

Ni nak cite pasal mak mertua ku punye karenah hehe..
Hari-hari suruh hantar dia balik pening kepala di buat nye...bukan ape nak hantar kemana? semua anak-anak nye keje..balik2 suruh hantar balik kat umah dia yang sememang nye kosong..rindu rumah  katenye ,faham bukan tak faham .Masalah nye tak de orang, bukan nye dia bole duduk sorang-sorang dah tak kuat lagi...nak berjalan pun dah tak larat...pas tu dia dah memang pelupa orang nye maklum la da tua..ape yang dia buat atau cakap semua dia lupa ..kadang-kadang tu beg baju dia da sampai depan pintu da ..tunggu anaknye datang amik.

Hari ni je lepas mandi terus pakai tudung bila ..

Anna : ?         mak nak gi mana :?

Mak mertua : Nak balik la kejap lagi bang Ayip amik mak. (Ayip anak dia)

Anna :?          mak abang Ayip tak amik dia keje .

Mak mertua :?   malam ni hantar mak balik bole tak?

Anna :?           tak bole Hussin keja mak .

Mak mertua :?  alah hantar kejap je tak boleh...

Anna :?            jauh la mak bukan dekat..

Mak mertua :? alah bukan jauh sangat ,mak datang sini jauh bole pulak..

Anna :?            bluuurrr.....DIAM TERUS..hehe


Pas tu dia marah gak nye dia kata ape tau ,tak pe nanti kalau tak de orang amik naik bas je sendiri..hehe

Lama-lama malas Anna nak layan yang semestinye dia memang macam tu sering teringat rumah dia...diamkan je la..pas tu nanti dia membebel la sorang-sorang ,katenye anak nye sepuluh takkan tak de orang yang nak amik..suami Anna anak yang ke 7...gilir-gilir la pulak gi rumah anak-anak yang lain ,,,tak kan kat rumah kau je..ape yang Anna nak cakap kan kalau dia da cakap macam tu kan diam je la...
Tapi kadang-kadang kesian juga kan orang tua memang macam tu ,mungkin kite juga akan jadi macam tu juga....bila da tua nanti.

Kite sebagai anak hendak la sabar melayan karenah ibu kite atau mertua kite..mudah-mudahan hidup kite diberkati hendaknye...amin



Salam Maal Hijrah.




‎1 Muharram detik permulaan,.. perkiraan tahun Islam Hijrah, .. perpindahan Nabi dan umat Islam.. dari kota Mekkah ke Kota Madinah..atas keyakinan dan iman yang teguh kau muhajirin dan asas bersatu, rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan islam tercinta ,,,,hijarah itu pergorbanan ,hijarah itu persaudaraan,, hijarah membentuk perpaduan ..la..la..la..


~~~Salam Maal Hijrah buat semua!!!~~~~

Sama-sama kita membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun petang nanti....

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.


Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

 
 

Ape kena la...


Salam semua ,hari ni tak tau kenapa hati ku macam nak meletup..pagi-pagi lagi kepala da pening..
ni sekarang pun hati tak tenteram macam gelisah je.
Ya allah jauhkan lah ape juga perkara yang buruk yang tidak ku ingin ni...semoga kau datang kan lah perkara yang baik-baik sahaja keatas keluarga ku...amin..
Keja rumah semua dah siap masak pun sudah.Nak tido mata tak nak pulak lelap, kenapa ni??? kepala da macam nak pecah bosan gak nye  kadang2 kite ni perlukan udara kat luar juga kan..kan ,maklum la suri rumah hari-hari dok kat umah je boring .Bila cuti pun dok kat rumah je, tu yang lagi membosan kan....ape nak buat sabor je la..
Belum ade budjet nye lagi..uhuhuhuh..

Friday, December 3, 2010

Rindu.


Assalamualaikum semua lama sudah tak berblog rindu plak..hehe
Last update mase nak Deepavali ni da nak menyambut Awal Muharam da ..sabor je la busy la maklum la cuti sekolah ni keje umah tak habis2 ,gan anak-anak lagi yang macam-macam ragam..sabor je la.
Belum abis sekolah anak Anna yang sulung kena chiken pok pas tu yang no. 2 plak demam adeh!!1..pada geng setaman ape cite??? rindu la kat korang tak sempat lagi nak melepak....cuti ni..
cukup la sampai sini ye..hehe nak ikut hubby gi main futsall jap ok selamat malam semua ...sweet dream.


Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali..

      


YehYeh!!!! Esok Deepavali jadinye satu malaysia cuti jadi Anna nak mengucapkan selamat bercuti semua..jiran Anna da balik kampung tadi ,mana nak pegi eh..yang pastinye mesti tempat percutian kat mana-mana pun mesti penuh maklumlah cuti panjang...3 hari...
Tapi Anna tak de plan pun nak gi mana-mana tu yang boring,bosan ni tak tau nak buat ape nak gi mana..??????
Geng setaman gi mana cuti ni...???Aku bosaaaaaannnnnn......

Ape pun sesiapa yang pegi bercuti tu berhati-hati la dijalan raya dan dimana juga ye....penyamun pun banyak la ni memerhati kite yang leka...jadi berhati-hati.


** Selamat Bercuti **

Doa Minta Ampun Untuk Orang Tua (IbuBapa).



Salam semua, kite sebagai anak semestinye  setiap kali selepas solat mesti mohon ampun untuk kedua ibubapa kite kan ,sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah  meninggal dunia .Lagi lah sekarang ade anak2 yang lupa jasa ibubapa mereka selama membesarkan dia dan macam-macam cerita kalau kite baca kat dalam suratkhabar sekarang ni dan ade juga yang sanggup menghantar ibubapa mereka kerumah orang-orang tua..

Nahuzubillah... mintak dijauhkan la perkara yang sedemikian hendaknye..bukan ape ,kite kalau boleh anak-anak kite sok kalau kite dah tua jangan la diperlaku kan sebegitu....harap-harap bole la menjaga kite...insyallah..
Disini Anna kongsikan doa nye...


Bismillaahirrohmannirrohiim..

Allaahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo.


Maksudnye :-

Ya Allah! Ampunilah saya dan kedua ibubapa saya dan kasihanilah keduanya  sebagaimana mereka mengasihani saya sejak kecil..amin...




Monday, November 1, 2010

Pertunangan Bukan Lesen Bebas Berduaan.

Lebih malang, ada yang terlanjur sebelum majlis akad nikah. Nauzubillah. Sebenarnya, pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.


Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.

Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)


Ulama mencatatkan, antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana mereka masih belum sah menjadi suami isteri.

Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran.

Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang bertanggungjawab, beramanah serta rajin beribadah.

Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga.

Dicadangkan pihak berwajib memikirkan mekanisme atau modul khusus untuk pasangan bertunang supaya dibimbing dengan ilmu rumah tangga, kewangan dan pengurusan rumah tangga, kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinan.

Ikatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat. Malah, bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati.

Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan, seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis.

Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia, berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”

Mahu tidak mahu, pasangan perlu menerima hakikat jika ikatan pertunangan yang diharap ke jinjang pelamin terputus. Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin, kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan bertunang boleh memutuskan pertunangan.

Bagaimanapun, pasangan yang bertunang tidak digalakkan membatalkan pertunangan demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya. Bagi kes putus tunang secara tidak munasabah, pihak berkenaan berhak menuntut ganti rugi di Mahkamah Syariah.

Mengenai pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan, jika seseorang sudah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau bertulis, bersendirian atau melalui seorang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir perlu memulangkan pemberian pertunangan jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.

Peruntukan itu jelas menunjukkan pihak yang memutuskan pertunangan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan serta membayar wang yang dibelanjakan bagi tujuan persediaan perkahwinan kepada tunangnya.

Dari segi akhlak, pasangan bertunang digalakkan tidak membatalkan pertunangan mereka kecuali tidak dapat dielakkan dan mendesak, demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya.

Maka tidak seharusnya seseorang lelaki atau perempuan itu mengubah fikiran untuk membatalkan pertunangan kerana itu dianggap memungkiri janji. Hakikatnya, pembatalan pertunangan bukan haram tetapi tidak digalakkan syariat Islam.

petikan dari:-feryco
 
 
 
Related Posts with Thumbnails