Friday, October 29, 2010

Mayat Berlipat Dalam Beg.

KEJAM...mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian di tepi parit, Jalan Ukay Perdana, semalam.

Subhanaallah... anak sape la ni kesian nya dibuat macam ni ,bayangkan la budak tu menanggung kesakitan dibuat macam tu dilipat kakinye sampai patah ...ya allah jauhi la kami dari perkara yang macam ni..amin

Petikan dari :- http://www.hmetro.com/.

AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.


“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.


Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.
“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.

 

Peringatan Untuk Kaum Hawa.



 
 
Assalamualaikum semua ..pagi ni buka-buka facebook terbaca articel ni jadi takut dibuanye, jadi sekarang kite kena la lebih berhati-hati lagi, macam-macam la sekarang ni..kat mana-mana  pun tak selamat ,,, walaupun tempat tu ramai orang... penjahat ni berani betul....lagi  la kalau bawak anak, kite sibuk nak isi minyak  dia pun sibuk la nak keluar beli barang kat dalam stesen tu ...
ok la yokkkk baca ...
 
peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Ha...wa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.


Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..
lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?
sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..

perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!

kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..
satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang
Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.




Wednesday, October 27, 2010

Tip Diet Seimbang Tubuh Menawan.


Anna ni sibuk nak diet tapi tak jadi-jadi..kawan Anna si Sis Lin tu da turun da eeee.. tak bole jadi ..>>>>>minum teh sliming dah,, kurang kan makan dah tak turun-turun juga geram betul dibuatnye lemak degil ni..kalau da minum sliming teh tahu-tahu  je la keluar masuk bilik air je la jawabnye.... so Anna search la kat goggle untuk diet seimbang keluar la petikan ni so Anna ceduk je la dari:- anizyn untuk pebetulkan mana yang patut yang Anna silap dalam hal diet ni..yok kkk kite baca...

Diet seimbang perlulah diamalkan sedari awal agar sasaran yang diletakkan tercapai. Hasilnya bukan sahaja bentuk badan akan kelihatan menarik bahkan kesihatan turut meningkat.


1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.

3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.

4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.

10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.


p/s:- Pandai-pandai la jaga permakanan dan kawal nafsu makan kite kalau main larung je tepuk dada tanya selera la...kankankan...

Sakit Gigi.



Dua tiga hari ni Anna menderita sakit gigi rasenye sampai kat tengkok. Seksa giler! Nak buat apa-apa kerja pun tak boleh.Terpaksa tahan sakit. Korang pun mesti pernah rasa sakit gigi kan? Nak bercakap pon jadi malas sebab sibuk tahan sakit. Bila ada orang buat lawak, rasa nak bagi penampor je kat muka orang tu.

Jadi tadi Anna pun pegi la klinik gigi ,bila masuk je dalam ....

Doktor pun tanya kenapa cuba cerita kan pada saya:? Anna pun cite la ka dokor tu gigi gerham sakit ade lubang kalau bole tampal ,tampal la kalau x bole cabut je dokor .Tapi doktor tu cakap sayang ni kalau nak cabut, sebab gigi gerham awak pun da tinggal 2 je ...
Anna cakap la gan doktor tu tau x pe doktor gigi pun da habissss stokkk...hehe...tapi kalau ikut kan Anna nak cabut je senang kadang2 kalau da tampal pun sakit nye mesti ade lagi bukan terus hilang...ni pun masih ade rase sakit nye...nak makan pun susah emmm sabor je la .Suami Anna pun bising nape tak cabut terus,  kan senang ...??/ Anna cakap la doktor tu tak nak cabut katenye sayang gigi....
Cabut dan tampal gigi sekarang da la mahal tadi je tampal satu gigi RM 70.00 pas tu dokor tu check ade pulak yg lubang lagi gigi tampal lagi satu dah jadinye RM 140.00 ..kalau sakit tak hilang lagi jawabnye kena cabut la juga da kena bayar lagi...uhuh

Yang paling tak tahan, sakit gigi ni biasanya datang tengah-tengah malam. Kalau sakit sangat, tengah malam mana ada klinik bukak. So terpaksa tanggung sakit sampai ke pagi. Termasuk hari ni, dah 3 hari aku kurang tidur sebab sakit gigi. Paling lama pun tidur 2 jam je. Jagalah kesihatan gigi korang kalau tak nak menanggung sakit macam aku ni. Huk huk..

 
Petua mencegah sakit gigi:

Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi ataupun sebelum tidur. Amalkan cara ni korang bukan setakat dapat mencegah sakit gigi, malah gigi korang akan jadi lebih putih dan berseri disukai ramai.
 

Monday, October 25, 2010

Ya allah.

Isteri Mahu Kembali, Tapi talak sudah 3 kali


Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.

Ini kisah sedih hidup saya. Kesilapan yang terjadi adalah atas kesalahan sendiri. Saya berusia 26 tahun dan sudah bergelar ibu tunggal. Saya pernah berkahwin pada usia 19 tahun di sempadan Thai kerana keluarga tidak merestui cinta kami.

Suami hanya orang biasa, tiada pekerjaan tetap. Selepas berkahwin, kami hidup merantau dan hidup bahagia tetapi apabila ayah sakit, kami terpanggil untuk pulang ke kampung malah suami yang begitu beria-ia mengajak saya pulang.

Di kampung, kami menumpang rumah keluarga. Walau tidak kaya dan hidup senang tapi hati kami bahagia. Sehingga pernah terlintas di hati saya, biarlah saya pergi dulu berbanding suami yang baik hatinya.

Agungnya cinta saya padanya namun kerana kami kahwin tanpa restu keluarga, semuanya berjalan tidak lancar. Suami ditohmah malah keluarga sendiri yang menjaja kisah kami. Luluh hati saya mendengarnya, tiada sokongan, dihina kerana susah, tiada keluarga, sebatang kara, tiada harta, tidak tahu asal usul.

Namun saya masih pertahankannya walau pun kadang-kala bosan untuk mempertahankannya. Keluarga kata, saya dibomohkan suami. Malah mereka beranggapan saya boleh dapat lelaki lebih kaya, lebih baik dari sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga selebihnya buruk dan jahatnya dijaja.

Dua tahun lalu, saya menyambung pengajian untuk mengubah masa depan. Bersama linangan air mata, saya tinggalkan suami kerana tidak pernah berpisah dengannya. Semasa belajar, dialah yang bersusah payah mencari wang perbelanjaan saya.

Saya cukup terharu dengan suami tapi bila pulang bercuti, ada saja berita yang kurang enak, suami ada perempuan, suami suka berjalan, suami tidak balik waktu Maghrib, tak beri belanja dapur, suami baik depan saya sahaja dan bermacam cerita. Tetapi saya masih tetap kuat. Saya tahu keluarga memang mahu meruntuhkan cinta kami. Mereka masih dengan kepercayaan kolot, suami bomohkan saya. Entahlah, saya pun tak faham.

Orang kampung juga suka menghasut. Pendek kata, hubungan kami tidak disenangi semua orang. Suatu malam, saya diuji Allah. Dalam perjalanan pulang bekerja, saya disapa
seorang lelaki, agak berumur, pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan. Kami menukar nombor telefon.

Kali pertama jumpa, saya nampak dia matang, baik dan beriman. Kami berhubungan bila berjauhan dari suami. Kami keluar bersama-sama dan saya mula melupakan suami. Saya benar-benar bahagia dengannya.

Habis pengajian, saya jadi sasau, rindu dendam kepadanya dan kami selalu bermesej. Dia begitu mengambil berat soal tentang saya hingga saya melupakan suami malah terfikir untuk berpisah dengannya.

Suatu hari kami membuat temu janji. Pada suami, saya katakan ada hal kolej tetapi kami tidur di hotel. Hinggalah kami terlanjur. Suami tiba-tiba menelefon dan menguji saya sambil berkata, akan jatuh talak satu jika saya curang kepadanya.

Sekali lagi dengan linangan air mata, saya mengakui hal ini dan saya meminta maaf dari suami. Kami rujuk kembali namun kekasih masih terus menggoda hingga tidak mampu menahannya. Ketika itu, saya benci akan suami dan mahu berpisah dengannya.

Kekasih berjanji bermacam-macam. Hilang kasih agung pada suami. Saya ceritakan pada keluarga dan mereka menyokong saya memilih kekasih baru dan melupakan suami. Suatu hari, suami tinggal kan saya, saat itu saya mula insaf tetapi saya masih merujuk masalah pada kekasih.

Keluarga pula masih buruk-burukkan suami, saat itu saya jadi benci, sakit hati dan terus hubunginya meminta cerai. Saya paksa dia lafazkan cerai. Tercabar, suami lepaskan talak dua dan bila mendengar kata-katanya, saya terus meraung.

Saya jalani perasaan ini dengan penyesalan. Saya mahu rujuk ke mahkamah tetapi perkahwinan kami tidak didaftarkan di Malaysia. Kami sudah merujuk mana-mana pihak dan semuanya mengatakan talak kami sudah tiga dan tidak boleh rujuk lagi.

Hati masih sayang dan kami sama-sama gila talak. Saya sepi hidup tanpanya dan kekasih saya masih beri harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, saya teruskan hubungan dengan kekasih.

Namun bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan darinya, dia mengelak dengan berbagai alasan. Bila bersama keluarga, kekasih bagaikan malaikat tetapi bila kami bersama, dia bagaikan syaitan. Kini baru saya sedar, dia bukan lelaki yang baik. Orang yang saya jangka akan dapat bahagiakan rupanya hanya mahukan tubuh saja. Kini dia sudah lama menghilang. Rumah tangga saya diruntuhkan dan kini dia berdiam diri.

Ketika ini saya menjalani kehidupan d engan seribu penyesalan, tidak terampun dosa pada suami dan sering merinduinya tetapi kami tidak boleh rujuk lagi. Bantulah saya. Keluarga juga tidak habis-habis mahukan saya memilih lelaki jahat itu sebagai suami. Kini saya benar-benar menyesal.


Petikan dari:-mingguanwanita

Melihat kebesarannye...Subhanaallah.






Assalamualaikum..selamat malam..
Gambar awan2 ni Anna amik mase aktiviti hujung minggu jalan-jalan sampai ke Sungai Rengit.Dalam perjalanan kesane Anna tengok cantik pulak awan2 ni ape lagi Anna pun amik la gambar guna handphone dari dalam kereta..cantikkan terpegun ,teruja Anna pada mase tu, ya allah besar sungguh ciptan mu...
Pade mase tu ari da petang dalam pukul 5.30 la tak silap Anna cuaca terang kemerahan..matahari duduk kat celahan awan2 tu. Susah Anna nak gambarkan kat sini, kalau nak diikutkan kat celahan awan tu ade pelangi mase tu tapi tak nampak pulak mase Anna amik gambar...so layan je la eh....



5 Petua Lahir Anak Soleh.

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”


Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.


Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.


 
Petikan dari :-feryco.com
 
 
 
 

Wednesday, October 20, 2010

Jalan2 Makan2.






Salam semua ..saje nak memenuhkan blog ..

Pada  9/10/2010  yang lepas harijadi anak Anna yang no.2 baru masuk umur 8 tahun jadi dia ajak la Mama dengan Abah dia pegi jalan2 dengan request nak makan2 .Jadi sempena harijadi dia kami pun ikut je la bawak dia gi jalan2 .Kami pegi Giant plentong bila sampai sana trus dia nak makan jadi kat Giant tu kan ade MCD ,KFC dan Pizza Hut jadi kami semua suruh dia pilih nak makan ape.. dia pilih nak makan Pizza Hut kami pun ikut je la kan birthday boy.
Hah.... lepas tu nah kau oder sampai 3 set personel pizza sabor je la dibuatnye...gasak la makan nak jangan tak makan .
Ape pun Mama dan Abah doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang soleh dan menjadi anak yang berguna dan berjaya hendaknye...aminnnn....




Related Posts with Thumbnails