** Anna amik petikan ni dari kawan blog untuk dikongsikan bersama yang selalu claim cek Nuffnang tu ...walaupun Anna belum penah claim huhuhu...**
Petikan dari -: http://nurizspace.blogspot.com/
Ni entri khas untuk nak tunai cek Nuffnang di mesin deposit cek atm. Semudah 123. Tak payah isi borang deposit. Saya suka guna cara ni di Maybank, tak payah isi borang, contoh kalau kat CIMB masih kena isi borang deposit cek, renyah jugak kan nak isi no akaun, nak isi no cek lagi. Kat Maybank ni cepat sikit.
Kalau anda pertama kali nak tunai cek di mesin deposit cek tu, jangan risau pi je tanya orang Maybank tu nanti dia akan ajar step by step, staff Maybank ni ramah tamah belaka :). Bila dah tau cara sekejap je boleh buat sendiri.
Cara cara:
1. Isikan nama anda dan no akaun ( kalau Maybank, no akaun Maybank) di bahagian belakang cek Nuffnang tu, no telefon jangan lupa.
2. Pi kat mesin deposit cek tu, tekan Masuk, pilih Bahasa yang anda paham ye..
3.Pilih Deposit Cek
4. Masukkan no akaun, jika betul, tekan Masuk
5. Masukkan jumlah ( kalau ada 2 keping cek gunakan calculator untuk campurkan jumlah tu)
6. Tekan Masuk, jika betul jumlah tu.
7. Sedia untuk masukkan cek bila dah keluar lampu hijau berklip2 kat masin deposit tu.
Akan keluar resit, simpan resit tu utk rujukan.
Ok done.
Cek tu diproses selama 3 hari (hari bekerja)
3 comments:
terima kasih 4 the info..
tq for the info..sgt2 membantu..hehe
kalau cek bank lain blh ke masukkn dekat mesin maybank??
Post a Comment